minggu ke 14 merupakam minggu pembelajaran yan terakhir bagi semester 1.
Pada minggu ke 13 ini,kami membincangkan berkaitan dengan pembentangan kertas kerja secara atas talian.Pembentangan tersebut adalah berbentuk video yang memerlukan suara,teks ringkas,animasi dan grafik.Video yang dibina perlu diupload ke dalam i folio pada bahagian discussion dan akan dinilai oleh para penilai.
Selesai perbincangan tersebut,kami memulakan pembelajaran dengan tugasan 8 iaitu Helaian Hamparan Elektronik yang berkaitan dengan microsoft word excel.Cik Mazalah memberi tunjuk ajar secra lebih terperinci untuk kami mudah memahaminya.Pada mulanya agar sukar untuk saya melakukan tugasan ini kerana ia memerlukan fokus yang amat teliti dalam menjalankan tugasan ini.Namun,kerjasama dan pertolongan cik Mazalah dan rakan-rakan sekelas yang lain ,alhamdulillah dapat saya laksanakan tugasan trsebut dengan lancar meskipun ada sedikit rintangan yang dihadapi pada ketika itu. Tugasan ini adalah berkaitan dengan penilaian keputusan peperiksaan akhir tahun sebuah sekolah yang perlu dilakukan oleh kami.Keputusan peperiksaan tersebut perlu direkod mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Pada minggu ini kami membincangkan berkaitan dengan tajuk pengajaran oleh kumpulan pembentang iaitu E-Learning dan Mobile Learning,dan Web 2.0 Dalam Pendidikan.Antara maklumat e-learning dan m-learning yang disampaikan adalah :
1. Definisi E- learning iaitu satu prses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian internet untuk menyampaikan kandungan,maklumat dan sebagai medium untuk berkomunikasi. 2. Fungsi-fungsi e-learning : a) sebagai tambahan (suplemen) b) sebagai pelengkap (komplemen) c) sebagai pengganti (substitusi) 3. Definisi M-Learning ialah penyampaian bahan pembelajaran elektronik pada alat komputasi.M-learning ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu alat elektronik mudah alih atau atas talian dan luar talian. 4. Kebaikan e-learning ialah : a) menjimatkan penggunaan wang b) dapat membina kemahiran dalam menggunakan teknologi moden c) medium untuk guru boleh berkomunikasi dengan pelajar Keburukan e-learning : a) bergantung kepada rangkaian internet secara berterusan b) bergantung kepada lokasi untuk mengakses internet dan tidak menyokong pembelajaran mudah alih. 5. Kebaikan M-learning : a) boleh berkongsi nota yang ada b) dapat menjimatkan masa c) dapat menyelesaikan masalah jurang digital Keburukan M-learning : a) bateri tidak tahan lama b) kandungan yang terhad untuk diakses c) had kapasiti terhad WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN
Ciri-Ciri Web 2.0 dalam Pendidikan
Kelebihan Web 2.0 Dalam Pendidikan
Kelemahan Assalamualaiku dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya laksanakan tugasan sebagai seorang pelajar dengan lancar.Alhamdulillah.Pada minggu ke 9 bersamaan 10 November 2014 (isnin) tutorial komputer dalam pendidikan meneruskan kelas dengan sesi pembentangan dari kumpulan 3 yang bertajuk Original and Licensed software.Definisi bagi tajuk tersebut ialah satu perisian yang tidak meniru atau mengolah mana-mana perisian lain.Antara kelebihan perisian ini ialah dapat mengemaskini perisian terkini seperti dapat mengakses kepada pelbagai kemaskini sekuriti.Selain itu,perisian asal ini juga selamat dari penceroboham data dan dapat emnbgurangkan risiko berbahaya seperti penyebaran virus dan spyware.Perisian asal ini juga dapat mengakses kepada bahagian sokongan atau ' support ' iaitu dapat secara langsung mengakses terus bahagian support tersebut.Perisian asal jiuga dapat membantu ahli perniagaan daripada terkena saman.Perisian ini juga mampu untuk melindungi reputasi sesebuah perniagaan. Perisian Berlesen pula ialah satu perisian yang mempunyai perjanjian bertulis.Contoh -contoh perisian berlesen atau berbayar ini ialah lesen komersial,percubaan,lesen bebas cukai dan lesen domain.Perisian ini juga mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri.Antaranya kebaikan mengunakan perisian asal dan berlesen ini ialah perisian yang lengkap,perisian yang mempunyai jaminan pada tempoh masa tertentu dan ia adalah perisian tanpa virus. Pembentangan setyerusnya adaalah mengenai tajuki Open Source World atau Perisian Sumber Terbuka.Definisi bagi tajuk ini ialah satu perisian yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna dan tidak perlu meminta kebenaran mana-mana pihak atau pengguna untuk mengubahnya kerana ia merupakan sebuah perisian yang percuma dan mudah diperolehi.Kod sumber juga boleh diubah tanpa kebenaran.Perisian ini boleh didapati secara percuma tanpa kebenaran.Antara ciri ciri perisian sumber terbuka ini ialah perisian ini boelh diperolehi secara percuma,boleh disesuaikan mengikut citarasa atau kesesuaian pengguna dan boleh membuat pemasangan pada mana-mana komputer yang ada.Contoh-conyoh persian sumber terbuka ialah Mozilla Firefox,Joombla,MP Player,Google dan lain-lain lagi.Perisian sumber terbuka ini juga mempunyai kepentingan iaitu boleh mebuat penambahbaikan pada perisian yang berkaitan,masalah yang dihadapi mudah diatasi dan ciri pelesenan yang mempunyai unsur diskriminasi terhadap individu atau kumpulan.Kelemahannya pula ialah perisian ini hanya berfungsi pada satu software sahaja dan tidak berfungsi sebagai mesra pengguna.Perisian ini juga menghadapi masalah untuk menggunakan sumber terbuka yang lain.Kesimpulannya,perisian sumber terbuka ini merupakan satu perisian yang penting dan banyak menerajui IT pada masa kini. Assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali saya ingin mengucap syukur kehadrat ilahi kerana dengan pertolonganNya dapat saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar untuk menunutut ilmu pada hari ini dan segala urusan pada hari ini juga dipermudahkan.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Disini saya ingin berkongsi refleksi minggu ini iaitu tutorial yang ke 8. 1.Kelas tutorial bermula dengan sesi pembentangan daripada kumpulan yang kedua bersama tajuknya iaitu Kemahiran Berfikir dalam ICT.Tajuk ini kelihatan amat mudah,namun maklumatnya yang perlu dicari memerlukan penelitian yang amat mendalam agar maksud dan isi yang ingin disampaikan berkesan kepada para pendengar atau penerima mesej tersebut. 2. Seterusnya, pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan yang lain dengan tajuk Keselamatan komputer dan keselamatan internet.Pembentangan tajuk ini amat menarik perhatian pendengar atau penerima mesej.Mesej-mesej yang disampaikan berkaitan tajuk amat jelas dan penuh dengan isi-isi penting.Ilmu yang disampaikan dapat meningkatkan lagi pengetahuan yang sedia ada. 3.Selesai sesi pembentangan,cik mazalah menerangkan tentang cara-cara untuk menyediakan kertas cadangan atau lebih dikenali sebagai proposal.Cik Mazalan menerangkan satu per satu tentang perkara-perkara yang perlu ada dan perlu dibuat dalam kertas cadangan tersebut. 4. Seterusnya,kami berbincang bersama ahli kumpulan tentang keertas cadangan yang telah dicetak untuk semakan.Setiap ahli kumpulan harus berjumpa cik Mazalah untuk membuat semakan dan pembetulan pada kertas cadangan tersebut sebelum membuat langkah yang seterusnya/ Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,selepas cuti pertengahan semester selama seminggu kita masih lagi diberi kesempatan dan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan anak seperti mana sebelum ini.Hari ini dapat saya coretkan lagi pengalaman dan aktiviti Komputer Dalam Pendidikan.Antara aktiviti yang kami lalui pada minggu ke-7 ini ialah : (a) kami memulakan dengan sesi pembentangan yang dibentangkan oleh kumpulan 8 dengan membawa tajuk Kemahiran Pada abad ke-21.Alhamdulillah maklumat yang disampaikan amat membantu saya dalam memperkaya ilmu pengetahuan yang sedia ada. (b) Seterusnya pembentangan diikuti dengan kumpulan 5 yang bertajuk Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Pelbagai maklumat byang telah dikongsikan dalam pembentangan tersebut yang boleh dikongsikan bersama.Antaranya ialah definisi kepada pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi iaitu menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar. (c) Soalan-soalan yang diajukan selepas pembentangan juga amat menarik dan sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan. (d) Selepas aktiviti pembentangan selesai,Kami didedahkan dengan ilmu penyelidikan pembelajaran oleh cik Mazalah.Penyelidikan tersebut berkaitan dengan tugasan 4 kami iaitu kami perlu menyediakan satu kertas cadangan atau lebih dikenali sebagai proposal.Tugasan ini juga perlu bergerak secara berkumpulan. (e) Selesai penerangan tersebut,kami dikehendaki untuk berbincang bersama ahli kumpulan masing-masing untuk memilih dan menetapkan tajuk yang akan dibincangkan pada masa akan datang tentang penyelidikan tersebut. Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya amat bersyukur pada hari ini kerana dengan izin-Nya saya masib boleh meneruskan kehidupan saya seperti biasa.Alhamdulillah keran adiberikan kesihatan yang baik.Aktiviti tutorial Komputer dalam Pendidikan pada minggu kelima ialah :
(a) kami telah membincangkan tajuk pembentangan mengikut kumpulan masing-masing. |